BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pencari rotan sesat 13 jam di hutan ditemui


LAWAS: Selepas 13 jam sesat di dalam hutan, pencari rotan ditemui selamat pagi tadi. 

Warga emas yang berasal dari Kampung Long Lutak, Long Sukang, Lawas ditemui selamat oleh penduduk kampung kira-kira jam 9 pagi. 

Mangsa Samuel Suang, 53, hilang pada jam 8.00 malam selepas masuk di hutan untuk mencari rotan semalam. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa dalam keadaan sedar dijumpai berdekatan kawasan Ulu Sungai Long Lutok iaitutiga kilometer dari Kampung Long Lutok. 


Menurutnya, mangsa sampai di rumah pada jam 9.30 pagi dalam keadaan stabil. 

"Kami hanya dimaklumkan mangsa ditemui penduduk kampung kira-kira 9 pagi sebaik tiba di lokasi kejadian," katannya. 

Terdahulu, anggota bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam daripada seorang anggota IPD Lawas.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »