BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pemuda terokai penternakan Udang Kara


KUCHING, 14 Julai: Dua usahawan tani yang tiada tapak tanah telah berjaya memulakan ladang menternak udang kara air tawar di satu pusat komersil di Miri.

Elvis Hii dan Willy Sim telah memulakan ladang 'Aqua Tech Z Sarawak' terbabit mengunakan rumah kedai di Airport Commercial Centre, Jalan Airport kira-kira setahun yang lepas.

Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berikutan itu telah melawat ladang terbabit Sabtu lepas.

Lawatan itu juga disertai Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datuk Dr  Penguang Manggil bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau.

Uggah berkata walaupun tanpa ada tanah, itu  bukan masalah kepada dua usahawan tani terbabit yang memilih mengunakan rumah kedai di pusat komersil terbabit bagi membuka ladang ternakan udang kara air tawar serta mendapat pendapatan bulanan yang baik.

"Itu adalah ironi. Kita ada orang memiliki tanah tetapi terus sibuk bergaduh keatas pemilikannya atau menuntut tanah yang lebih besar,"katanya.

Katanya ini menyebabkan mereka telah gagal mengunakan tanah yang dimiliki maka hanya mendapat pulangan sedikit.

Uggah di lawatan itu juga tertarik dengan semangat golongan muda sekarang kerana sebilangan mereka menceburi kawasan tidak konvensional dalam sektor pertanian.

"Mereka tahu apa yang mereka buat.Mereka menjalani latihan dan sentiasa kekal dimaklumkan mengenai sebarang pembangunan dan teknologi dalam perniagaan mereka,"katanya.

Sementara itu menurut Elvis, mereka menerima permintaan yang baik terhadap udang kara air tawar terbabit dan dijual ke pasaran tempatan.

Selain itu  bahan menternak udang terbabit juga diperolehi mereka dari sungai yang terdapat di bahagian Miri.

1. Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat ladang ternakan udang kara air tawar diusahakan Elvis Hii dan Willy Sim di rumah kedai di satu pusat komersil di Miri.
2. Udang kara air tawar yang diternak di ladang Aqua Tech Z Sarawak.
3.Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dennis Ngau diberikan penerangan oleh  Willy Sim mengenai udang kara air tawar yang diternak di ladang Aqua Tech Z Sarawak.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »