BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pelajar balik dari UK positif di Bintulu

KUCHING: Sarawak merekodkan satu kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Daerah Bintulu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 572 kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes ke-572 itu melibatkan seorang pelajar perempuan warga tempatan berumur 22 tahun yang baru balik dari United Kingdom pada 1 Julai lalu. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, mangsa masuk melalui penerbangan dari United Kingdom ke Kuala 
Lumpur, KLIA pada 1 Julai 2020 dan kemudian masuk ke Sarawak melalui 
Lapangan Terbang Bintulu pada 3 Julai.

"Mangsa kemudian menjalani kuarantin di
Bintulu," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah berkata, terdapat tiga kes baru yang telah sembuh dan discaj dari Hospital Bintulu semalam. 

Katanya, ianya menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj seramai 549 orang atau 95.98 peratus. 

"Selain itu, seramai enam orang masih menerima rawatan di dalam wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal sebanyak 17 orang," katanya.

Katanya, terdapat 61 PUI baru dilaporkan dan satu kes masih menunggu ujian makmal.

Sementara itu, beliau berkata indikator kod warna daerah adalah berdasarkan bilangan kes yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. 

"Kod warna merah bagi bilangan kes melebihi 40 orang, kod warna kuning bagi bilangan kes satu hingga 40 orang dan kod warna hijau bagi tiada kes. 

"Status tersebut tidak melibatkan kes import dari luar negara," jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »