BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pekan Marudi putus bekalan elektrik akibat petir


MARUDI: Lebih 4,000 premis dan kediaman di pekan Marudi terputus bekalan elektrik lebih 24 jam selepas menara penghantaran elektrik rosak dipanah kilat petang Jumaat.

Naib Presiden Peruncintan Sarawak Energy Berhad (SEB) Yusri Safri berkata, sebanyak tujuh unit generator bergerak sudah dihantar ke sana bagi memastikan fasiliti utama mempunyai bekalan elektrik.
“Generator ini berupaya membekalkan kira-kira 80 peratus elektrik untuk kegunaan di pekan Marudi, tidak termasuk kawasan pedalaman sekitarnya.”

“Selain itu, pasukan teknikal bertungkus-lumus membaiki kerosakan itu. Namun permukaan banjir dan lokasi yang terletak di hutan menyukarkan kerja-kerja membaiki menara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menambah, SEB melakukan yang terbaik  untuk memulihkan bekalan elektrik secepat yang mungkin.

Sementara itu talian transmisi dari grid utama ke Marudi sepanjang 44 kilometer melalui hutan dan ladang sawit.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »