BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pejabat RISDA Sarawak di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN:Pembinaan bangunan pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak bernilai RM 8 juta,di sini, memastikan tanggungjawab kepada pekebun kecil dilaksanakan dengan cemerlang dalam usaha menyampaikan perkhidmatan terus kepada golongan berkenaan.

RISDA mempunyai empat pejabat bahagian di Sarawak iaitu di Samarahan, Betong, Sibu dan Miri selain 13 pejabat stesen dengan kekuatan seramai 242 orang kakitangan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata,
RISDA Sarawak menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM 32.2 juta bagi melaksanakan program-program pembangunan 128,000 pekebun getah pada tahun ini.

Menurutnya,daripada jumlah itu, RM 25.3 juta khusus diperuntukkan untuk penanaman semula bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh(RM Ke-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RM Ke-11) membabitkan kawasan seluas 10,798.7 hektar.

"RISDA mendapat kerjasama baik dari semua agensi di Sarawak terutama Pejabat Tanah dan Survei dalam membantu menyampaikan perkhidmatan kepada pekebun kecil dengan kejayaan keluasan tanaman semula seluas 27,000 hektar selama 10 tahun RISDA ditubuhkan di Sarawak,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pejabat RISDA Negeri Sarawak,di sini, hari ini.

Katanya,pemerkasaan pekebun kecil di Sarawak akan terus diberikan perhatian oleh kerajaan dengan memperkenalkan inisiatif dan bantuan bagi memastikan kelangsungan ekonomi luar bandar dapat ditingkatkan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

"Kementerian Pembangunan Luar Bandar(KPLB) telah memperuntukkan RISDA sebanyak RM 521 juta untuk menguruskan program-program pembangunan yang melibatkan pemerkasaan program tanam semula dan peningkatan pendapatan pekebun kecil melalui aktiviti keusahawanan,"ujarnya.

Selain itu,katanya,ia juga untuk mempergiatkan aktiviti pembangunan pekebun kecil melalui Program Pembangunan Hasil Baharu Agro Makanan serta memperbanyakkan program touch point.

"Dengan ini pekebun kecil dapat didekati agar masyarakat di luar bandar merasai perkhidmatan yang disediakan kerajaan,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »