BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pegawai polis ditahan, dipercayai terlibat kes penyeludupan PTI di Sarawak

KUCHING, 16 Julai (Bernama)-- Seorang pegawai polis Cawangan Khas kontinjen Sarawak ditahan selepas dipercayai bersekongkol membawa masuk pendatang tanpa izin (PTI) ke negara ini minggu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pegawai berusia 45 tahun itu ditahan semasa Op Benteng pada 7 Julai lepas dan kini berada dalam tahanan Jabatan Imigresen bagi siasatan lanjut. 

“Dipercayai suspek telah bersekongkol dengan membawa masuk dua orang PTI dari Indonesia melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

“Pihak polis juga akan melakukan siasatan dalaman berhubung kes ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyematan pangkat pegawai kanan polis dan sijil anugerah perkhidmatan cemerlang di Ibu Pejabat Polis Sarawak, di sini hari ini.

Aidi berkata beliau mengambil serius perkara itu dan telah mengarahkan semua ketua polis daerah terutamanya berhampiran sempadan agar meningkatkan pemantauan terhadap pegawai serta anggota masing-masing bagi mengelakkan mereka terlibat dalam penyeludupan PTI.

Op Benteng diaktifkan sejak Mei 2020 di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan melibatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »