BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

PDRM rampas 182kg dadah bernilai RM10 juta untuk pasaran Sarawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar untuk pasaran Sarawak membabitkan rampasan bernilai RM10 juta di empat lokasi berbeza sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sarawak.

Ketua JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, sebanyak 182 kilogram pelbagai dadah berjaya dirampas dalam 12 serbuan yang diadakan semasa Operasi Nut and Crackers yang diadakan pada 1 hingga 6 Julai.

“Ini merupakan rampasan dadah terbesar untuk pasaran Sarawak setakat ini. Rampasan ini dianggarkan boleh memuaskan kira-kira 580,000 penagih dadah,” katanya semasa sidang media di JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Katanya, seramai 14 individu ditahan termasuk dua anggota polis yang disyaki bersekongkol dalam sindiket ini.

"Turut ditahan termasuk dua pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan(ASP) dan Sub Inspektor yang bersekongkol dengan sindiket,"ujarnya.

Beliau menambah, dadah ini bukan hanya untuk pasaran Sarawak malah negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.

Ramli menambah, polis turut menyita harta bernilai RM1.07 juta milik sindiket dadah di empat buah negeri.

Katanya, di Sarawak sindiket itu memfokuskan pasaran untuk negara jiran di Indonesia dan Brunei Darussalam.

"Kita telah menahan 14 individu dipercayai ahli sindiket berusia 26 hingga 58 tahun.

Beliau berkata, sindiket itu telah berjaya melakukan penghantaran bekalan dadah sebanyak 28 kali ke empat lokasi itu sejak tahun 2017.

"Mereka akan menerbangkan antara satu hingga tiga orang keldai dadah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) atau ke Sarawak.

"Mereka ditempatkan ke hotel-hotel bartaraf bintang bagi melakukan aktiviti pembungkusan dan pengedaran,"jelasnya.

Katanya,kesemua suspek telah ditangkap dan ditahan reman selama enam hingga tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »