BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pawagam mesti ikut SOP

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak (MLGH) telah menetapkan Garis Panduan (SOP) untuk aktiviti pawagam, berkuatkuasa serta merta.

Kerajaan sebelum ini, mengumumkan aktiviti pawagam, teater dan acara secara langsung dibenarkan dibuka semula di dewan tertutup mulai 1 Julai ini.

Bagaimanapun kehadiran tidak boleh lebih 250 orang tertakluk saiz dewan serta perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, SOP mestilah ketat dari segi kawalan kemasukan dengan kapasiti masih kekal 250 orang dengan pemeriksaan suhu badan.

Dalam pada itu, Uggah berkata warga asing yang sudah berada di Malaysia untuk sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut sebelum ini dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa keperluan kuarantin.

"Walau bagaimanapun, mereka perlu memohon kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melalui http://sdmc.sarawak.gov.my," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »