BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Patuhi SOP anjur majlis

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengingatkan kepada pihak penganjur majlis di kawasan pedalaman terutamanya di rumah panjang dan kampung mematuhi Garis Panduan (SOP) ditetapkan.         

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN, Datuk Douglas Uggah berkata, walaupun kebenaran telah diberikan untuk mengadakan sebarang penganjuran majlis sosial, kebenaran tersebut tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan.          

"Antaranya ialah jumlah maksimum 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang dan penjarakan sosial," katanya dalam kenyataan media hari ini.       

Uggah berkata, Sarawak merekodkan tiada kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini kekal sebanyak 571 kes.

"Dimaklumkan bahawa terdapat enam (6) kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital hari ini.

"Kesemua 6 kes tersebut adalah dari Hospital Bintulu (5) dan Hospital Umum Sarawak (1).

"Jumlah keseluruhan kes positif
COVID-19 yang telah sembuh dan discaj sebanyak 544 orang atau 95.27%. Sebanyak 10 orang masih menerima rawatan di dalam wad isolasi hospital," katanya.

Beliau berkata, jumlah kematian kekal sebanyak 17 orang.

Katanya, sebanyak 32 PUI baru dilaporkan dan 10 kes masih menunggu ujian makmal.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »