BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pasangan kekasih campak bayi direman enam hari

GEORGE TOWN, 11 Julai (Bernama) -- Polis menahan reman selama enam hari pasangan remaja berusia 18 tahun yang ditahan berhubung kes bayi baru lahir dicampak dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Air Itam semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata perintah reman yang bermula hari ini bertujuan membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Seksaan kerana membunuh. 

"Remaja lelaki itu kini ditahan di Lokap Berpusat Bayan Baru manakala teman wanitanya masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemukan penduduk pangsapuri tersebut di laluan naik ke kawasan parkir tingkat empat pangsapuri pada 8.18 pagi dalam keadaan cedera parah di kepala serta badan. 

Remaja perempuan berkenaan dipercayai bertindak mencampak bayinya dari unit yang didiami keluarga di pangsapuri itu sebaik sahaja ia lahir selepas panik dan takut diketahui keluarga.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »