BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pandu uji jentera berat berakhir tragedi

LUNDU: Seorang warganegara Indonesia maut selepas sebuah jentera berat yang dipandu uji hilang kawalan di atas kawasan berbukit dalam kawasan ladang Golden Practise, Sungai Belian, di sini, tengah hari, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,ketika kejadian jam 1.30 tengah hari itu,mangsa Syaiful Nizam Munri, 34, berasal dari Sambas dalam percubaan memandu jentera berat yang baru jenis Traktor Eurostar seorang diri.
"Dipercayai jentera berat yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terjun daripada jentera terbabit.

"Semasa terjun kepala mangsa terhantuk ke batu. 

"Akibat  kemalangan ini, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh majikannya  untuk rawatan lanjut,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia jam 2.47 petang semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »