BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Pakar patalogi dan 5 lelaki dihukum mati kerana bunuh Kevin Morais

 
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran dan lima lelaki selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Kunaseegaran, 57; pemberi pinjaman wang S. Ravi Chandaran, 49; serta empat penganggur R. Dinishwaran, 28; A.K. Thinesh Kumar, 27; M. Vishwanath, 30 dan S. Nimalan, 27.

Hakim Azman mendapati keenam-enam tertuduh mempunyai niat bersama untuk membunuh Morais.

Keenam-enam mereka dituduh membunuh Morais, 55, ketika dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, di sini, ke nombor 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »