BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Padah miliki senapang angin


LAWAS:Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Lawas memberkas seorang penjaga stor lelaki kerana memiliki senapang angin dan 90 butir peluru di rumahnya di Jalan Punang,di sini, dalam Op Laras jam 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Roslan Leman berkata,suspek berusia 54 tahun mengaku senjata yang disembunyi di dalam stor rumahnya itu adalah miliknya yang dibeli pada Januari lalu dari sebuah kedai di Long Bawan, Indonesia, untuk menjaga kebunnya di Kampung Siang-Siang.

"Senapang itu dibeli dengan harga RM400 manakala peluru dibeli dengan harga RM50 sepaket selepas balik menghantar rakannya yang berkahwin dengan wanita dari Long Bawan.

"Suspek membawa masuk senjata itu dengan menyelitkan dalam barangan dan pakaian semasa memandu melalui sempadan Long Bawan-Ba' Kelalan sehingga tidak dikesan oleh pasukan keselamatan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,suspek juga menyatakan tidak menggunakan senjata itu untuk memburu dan tidak pernah dipinjamkan kepada orang lain setakat ini.

"Suspek telah dibawa ke Balai Polis Lawas untuk tindakan lanjut,"ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »