BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Padah Berhibur Langgar PKPP, 12 Orang Dikompaun Di Sibu Malam Tadi

SIBU - Sepasukan anggota Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dan Pemantau PKPP Sungai Merah mengeluarkan kompaun terhadap 12 orang tempatan ketika membuat pemeriksaan di sebuah premis pusat hiburan di Night 7 Karaoke, Lorong Pahlawan 7E di sini malam tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Suprintenden Zayadi Sebeli, daripada maklumat diterima, pemeriksaan tersebut dibuat sekitar pukul 9.15 malam tadi.

"Pemeriksaan di premis mendapati seramai 9 lelaki dan 3 perempuan berusia 20 hingga 44 tahun sedang berhibur sambil minum minuman keras. 

"Kesemua subjek telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 PPPPB (No. 7) 2020 kerana berhimpun bagi maksud sosial iaitu berhibur di pusat hiburan," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, mereka kemudian dibawa balik ke Balai Polis Sentral Sibu untuk pengeluaran kompaun.

"Kompaun itu perlu dijelaskan di PKD Sibu dalam tempoh 14 hari untuk mengelakkan diambil tindakan lanjut," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »