BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nombor plat khas UNIMAS dijual

KOTA SAMARAHAN, 1 Julai: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah melancarkan pembidaan nombor plat khas kenderaan dengan nama UNIMAS kepada orang ramai bermula hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Unimas, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie telah melancarkan bidaan nombor terbabit di Rumah Universiti, Kampus Unimas, di sini, hari ini dan bidaan bermula jam 12 tengahari hari ini dan akan ditutup 12 tengahari 7 Julai depan.

Orang ramai yang berminat mendapatkan nombor plat unik terbabit boleh membidanya mengunakan Sistem Bidaan UNIMAS8.

Harga terendah bidaan terbabit ialah dari RM350 sehingga RM6,000 mengikut kategori nombor plat kenderaan yang dipilih orang rama dan kategori terbabit ialah semasa, istimewa, popular 4 digit, popular 3 digit, popular 2 digit dan menarik.

Di majlis pelancaran terbabit, Naib Canselor Unimas, Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi telah menjadi pembida pertama nombor plat khas kenderaan terbabit dengan nombor pilihannya ialah UNIMAS 88.

"Ini adalah julung kali Unimas mengadakan program pembidaan nombor plat khas kenderaan yang mengunakan nama universiti dan menjadi universiti ketiga di negara ini yang mengadakan program ini,"katanya.

Kadim berkata Unimas membuka bidaan nombor plat kenderaan UNIMAS 10 hinggalah UNIMAS 9999 kepada orang ramai manakala nombor terbabit dari UNIMAS 1 hingga UNIMAS 9 adalah disimpan untuk kegunaan universiti itu.

Katanya ini kerana Unimas merancang menjualkan nombor plat khas kenderaan UNIMAS 1 hingga 9 itu pada satu harga tertentu sekiranya ada kalangan jutawan dan alumni Unimas yang mahu membelinya.

"Kami mempelawa semua alumni Unimas membida nombor plat kenderaan ini, ada sekitar 52,000 orang graduan Unimas dari konvokesyen pertamanya pada 1997 sehingga tahun lepas. Unimas juga melahirkan seramai 4,000 hingga 4,500 orang graduan setiap tahun,"katanya.

Selain itu, beliau juga mempelawa kakitangan universiti itu samada yang masih berkhidmat atau sudah bersara untuk menyertai bidaan terbabit.

Kadim berkata ini kerana salah satu tujuan program bidaan itu ialah untuk mewujudkan sumber pendapatan kepada Unimas bagi menampung kos operasinya malahan lebihan wang dikutip dari bidaan itu juga akan digunakan bagi tujuan kebajikan dan membantu pelajar Unimas.

Orang ramai yang berminat membida nombor plat khas kenderaan terbabit bolehlah menghubungi Ketua Bahagian Endowment dan Wakaf Unimas, Dayang Nor Hajijah Awang Daud di 082-581231 / 581918.

Mereka juga boleh melayari www.unimas.my/unimas8 untuk mendaftar proses bidaan manakala sebarang persoalan boleh diemelkan ke unimas8@unimas.my.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »