BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nelayan sungai dan darat mohon kesamarataan


DEBAK: Golongan nelayan Sungai dan Darat dalam DUN Saribas akan diberi perhatian yang sewajarnya dalam menuntut untuk mereka diberi kesamarataan dengan Nelayan Laut Dalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam menyuarakan akan membawa permasalahan golongan itu untuk diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Katanya, golongan terbabit memohon agar mereka diberi bantuan oleh kerajaan sepertimana nelayan laut dalam yang mendapat perhatian dengan pelbagai bantuan.

"Saya akan membawa permasalahan golongan ini untuk tindakan Pejabat Pertanian sebagai agensi menguruskan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi Randau ADUN Saribas bersama Nelayan Sungai dan Darat DUN Saribas yang diadakan dikediaman beliau dekat sini.

Menurutnya, sesi randau diadakan bagi mencari kesepakatan dan mengumpul maklumat serta isu semasa yang dihadapi golongan nelayan ini.

"Golongan nelayan ini yang bernaung di bawah Persatuan Nelayan Kawasan(PNK) Layar Rimbas, Pusa menuntut untuk pihak berkaitan mencari kesepakatan agar ada wakil mereka untuk bersuara.

"Seperti yang didakwa, tiada dari kalangan ahli nelayan sungai di dalam pengurusan PNK menyebabkan fokus tertumpu kepada nelayan laut dalam sahaja," ujarnya.

Antara nelayan yang hadir dari Kampung Medang, Supa, Mangut, Serembang, Bungin, Buda, Sebemban, Debak Laut dan Dit.

Mereka turut memuji sikap terbuka Razi yang  telah meluangkan masa mengadakan sesi randau bersama pihak nelayan ini. 

Dalam pada itu, mereka amat berpuas hati dengan pendekatan yang diambil oleh beliau yang sentiasa terbuka menerima pandangan dan keluhan rakyat.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »