BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nelayan asing positif di Kuching

KUCHING: Sarawak merekodkan satu lagi kes positif Covid-19 melibatkan seorang nelayan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 584 kes setakat ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes ke-584 merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia yang bekerja sebagai nelayan di sebuah syarikat kapal perikanan di Kuching. 

Menurutnya, mangsa telah menjalani pemeriksaan kesihatan pekerja dan saringan calitan rT-PCR untuk Covid-19 di sebuah hospital swasta di Kuching pada 15 Julai lalu.

“Keputusan ujian makmal mendapati calitan nasopharyngeal dan oropharyngeal kes adalah positif untuk Covid-19 pada hari yang sama.

"Mangsa kini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, mangsa tidak mempunyai sejarah perjalanan melawat atau balik ke luar negara kerana kali terakhir balik ke negara asal pada tahun 2016.

Katanya, pengesanan kontak rapat yang melibatkan rakan sekerjanya sedang dilakukan serta-merta.

Beliau menambah, tiada kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari hospital setakat ini.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang sembuh dan discaj kekal sebanyak 554 orang atau 94.86 peratus.

"Seramai 12 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan seorang sedang diberi bantuan alat pernafasan di Hospital Bintulu," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »