BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Murid kurang bahan bacaan Bahasa Inggeris

KOTA SAMAHARAN, 7 Julai: Projek Penyelidikan dijalankan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)di SK St Patrick di Krokong, Bau mendapati muridnya kurang bahan bacaan Bahasa Inggeris di rumah.

Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Unimas, Professor Dr Ambigapathy Pandian yang mengetuai Projek Membaca Bersama Ibu terbabit berkata kebanyakkan bahan bacaan di rumah mereka adalah dalam Bahasa Bidayuh dan Melayu.

""Kebanyakkan bahan bacaan di rumah adalah dalam Bahasa Bidayuh dan Melayu, kurang bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris,"katanya katanya ketika Majlis Penyampaian Sijil dan Bantuan Kepada SK St Patrick, Bau sempena Projek Membaca Bersama Ibu di Kampus Unimas, di sini, hari ini.

Ambigapathy berkata hasil penyelidikan juga menunjukkan terdapat paten signifikan antara para ibu iaitu mereka lebih banyak memilih buku bersifat fiksyen berbanding bukan fiksyen sebagai bahan bacaan ketika membaca di rumah.

"Projek ini dijalankan di kalangan murid tahun 2 dan 4 pada akhir 2018 dan disambung semula ketika mereka berada di tahun 3 dan 5 pada awal 2019,"katanya.

Katanya objektif projek terbabit adalah untuk menyemai minat membaca dan membantu meningkatkan kemahiran membaca murid sekolah rendah disamping menyemai minat membaca bersama ibu dan guru.

Sehubungan itu beliau berterima kasih kepada warga sekolah itu dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang membenarkan kajian terbabit dilaksanakan manakala Unimas telah menyediakan geran penyelidikan sebanyak RM20 ribu.

Projek terbabit melibatkan seramai 33 orang ibu dan lebih 36 murid di SK St Patrick dan kumpulan penyelidik fakulti itu juga berjaya menerbitkan enam penulisan journal dan dalam proses menghasilkan sebuah buku bagi rujukan masyarakat.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »