BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mujur tak meletup


BETONG: Dua buah kenderaan berat yang membawa muatan batu dan liquid oxygen terbabit kemalangan di Bukit Saban,di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.58 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.
"Kedua-dua pemandu selamat manakala berlaku kebocoran cecair oxygen dari salah satu valve kenderaan tersebut,"katanya di sini hari ini.

Katanya, pasukan Bomba Betong menjalankan tindakan membuat penyejukan pada kenderaan tersebut dan mengalirkan kebocoran cecair tersebut sehingga kandungan habis.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »