BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

MPP tangkap anjing berkeliaran

KUCHING, 2 Julai: Majlis Perbandaran Padawan (MPP)  berjaya menangkap sebanyak 13 ekor anjing liar dalam operasi anti rabies di kawasannya semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dan Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang berkata 13 anjing liar terbabit ditangkap di Taman Landeh, Lorong 11 Kpg Semeba dan Lorong 2, Jln Stephen Yong.

"Operasi merangkap anjing liar dipergiatkan lagi bagi mengekang penularan penyakit rabies susulan dua kes kematian yang dilaporkan di Sarawak baru-baru ini, "katanya di laman facebooknya hari ini.

Lo juga meminta orang ramai untuk berwaspada mencegah rabies dan mengelakkan digigit anjing pembawa penyakit yang boleh membawa maut itu.
tamat



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »