BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

MPP : Robohkan gerai makan haram

KUCHING, 6 Julai: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) meminta kerjasama warga bandar raya ini supaya tidak mendirikan sebarang bentuk struktur secara haram dalam kawasan pentadbirannya seperti yang ada dikesan berlaku di Batu Kawa, di sini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dan Pengerusi MPP, Lo Khere Chiang berkata demikian dan pihak sudah mengeluarkan notis amaran kepada pemilik deretan gerai makanan yang strukturnya dibina secara haram di satu kawasan terbuka di Batu Kawa.

"Adalah menjadi kesalahan dibawah Ordinan Majlis Tempatan 1996 dan Ordinan Bangunan 1994 untuk mendirikan struktur haram di sebarang kawasan terbuka tanpa kelulusan dari majlis,"katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

Lo berkata pemilik gerai terbabit sudahpun merobohkan struktur haram yang dibinanya itu sejurus menerima amaran terbabit dan berharap orang ramai bekerjasama dengan majlis itu dan mengambil kira implikasi tindakan mereka terhadap orang lain.

Beliau juga meminta warga bandar raya ini bertanggungjawab dan bertimbang rasa serta mengelakkan menjadi gangguan atau masalah kepada orang lain ataupun melanggar peraturan dan undang-undang dikenakan majlis itu.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »