BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mohd Zakaria dilantik sebagai PMT TD Keempat

KOTA SAMARAHAN: Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD) telah diadakan di Padang Kawad Kem Muara Tuang, di sini, pagi ini.

Acara tersebut menyaksikan Pemangku Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD) merangkap Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan,
telah menyerahkan tugas PMT TD kepada Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi. 

Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi telah dinaikkan pangkat dari Mejar Jeneral ke Leftenan Jeneral pada 10 Julai 2020 yang lalu dan dilantik menjadi PMT TD Keempat. 

Beliau dilahirkan pada 17 Jun 1963 di Ipoh, Perak dan telah memulakan karier dengan menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet di Sekolah Pegawai Kadet, Kem Segenting, Port Dickson pada 1 Julai 1981. 

Beliau seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 9 Jun 1983. Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) merupakan unit pertama perkhidmatan beliau. 

Di sepanjang 37 tahun usia perkhidmatan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) selain telah menghadiri kursus-kursus strategik di dalam dan juga luar negara. 

Perjawatan terakhir beliau adalah Ketua Staf Markas Tentera Darat, Kuala Lumpur. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Norhayati binti Usul dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki dan seorang perempuan. 

Pada hari ini, tanggal 17 Julai 2020, beliau secara rasminya menjawat jawatan sebagai PMT TD Keempat. 

Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan memangku jawatan PMT TD setelah PMT TD Ketiga, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain telah dinaikkan pangkat dan menjawat jawatan sebagai Panglima Tentera Darat Ke-28 berkuatkuasa pada 11 Jun 2020 lalu. 

Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah memegang tampuk pemerintahan sebagai PMT TD selama setahun enam bulan bermula pada 2 November 2018 sehingga 10 Jun 2020. 

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai PMT TD, beliau telah menaikkan nama Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) dan juga Tentera Darat Malaysia secara amnya dengan mengadakan hubungan erat antara kerajaan negeri dan pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta khususnya di negeri Sarawak dan Sabah. 

Selain itu, beliau juga berjaya mengekalkan keselamatan persempadanan daratan melalui pelaksanaan operasi-operasi di sempadan Kalimantan serta pulau-pulau di perairan Sabah.

Acara serah-menyerah tersebut turut disertai dengan Perbarisan Pegawai dan anggota di bawah naungan PMTTD. 

Perbarisan statik terdiri daripada 435 orang merangkumi 21 pegawai dan 414 anggota terdiri daripada dua kontinjen utama. 

Perbarisan tersebut diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Hafizie bin Mohd Alwi, Pegawai Memerintah Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD). Penolong Ketua Perbarisan adalah Mejar Chok Yung How dari Markas PMTTD. 

Sesuai dengan norma baru serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang yang ditetapkan, setiap anggota perbarisan memakai penutup mulut yang seragam bercorak celoreng. 

Penjarakan anggota yang berbaris lebih jauh berbanding biasa. Anggota perbarisan dan tetamu tentera yang hadir juga dikehendaki menjalani saringan suhu, menggunakan hand sanitizer serta mengamalkan penjarakan 1 meter. 

Turut hadir dalam acara tersebut adalah Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato Dzulkafli Mustaffa.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »