BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Miliki 5.2 gram syabu, buruh diberkas

BINTULU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu memberkas seorang buruh lelaki kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 5.2 gram dianggarkan bernilai RM800.

Suspek berusia berusia 22 tahun itu ditahan di ruang legar tingkat dua sebuah hotel bajet di pusat bandar dalam serbuan petang semalam.
 
Ketua Polis Daeah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan yang dilakukan menjumpai bahan terlarang itu dalam satu paket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu dalam beg sandang digunakan suspek.

"Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »