BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat tanpa identiti ditemui terapung

MIRI: Mayat tanpa identiti ditemui terapung di dalam parit di Pujut Padang Kerbau berhampiran Shell Jalan Miri Bypass,di sini,petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.06 petang dengan menggerakkan 
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

"Kita menerima panggilan daripada pihak polis memohon bantuan khidmat khas mengambil mayat terapung di lokasi tersebut dengan masih lengkap berpakaian,"katanya di sini hari ini.

Katanya,mayat terapung tersebut telah diangkat ke darat oleh pihak Bomba, identiti mayat tidak dapat dipastikan.

"Mayat tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »