BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat mangsa bot karam ditemukan

KOTA KINABALU: Mayat mangsa bot pancing karam di perairan Pulau Mabul, Semporna ditemukan pagi tadi.

Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim ( MRCS) Kota Kinabalu memberitahu, mayat ditemui kira-kira jam 11.30 pagi di Timur laut Pulau Omadal diposisi 04 26.077N 118 48.147E.

"Kami menerima panggilan daripada Pegawai Gerakan PPM Semporna memaklumkan Botronda PAC 58 penemuan mayat tersebut."

"Ahli keluarga yang bersama dilokasi telah mengesahkan mayat tersebut adalah mangsa yang hilang iaitu Mahmur Bin Ajae," kata MRCS Kota Kinabalu dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu operasi mencari dan penyelamat sejak seminggu lalu ditamatkan.

MRSC Kota Kinabalu mewakili Pengarah Maritim Sabah dan W.P. Labuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi sahabat yang membantu dalam pencarian mangsa.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »