BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maut dihempap treler


BINTULU: Pemandu lori tanker  maut setelah  lori  dipandu hilang kawalan lalu terjun ke dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Tatau-Bintulu, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,mangsa Joshua Suen ak Kasin, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.
"Kita menerima laporan berhubung kes ini jam 9.58 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi kejadian.

"Pasukan Bomba mengeluarkan mangsa tersepit dengan bantuan jengkaut dari pihak Pan Borneo yang kebetulan berada berdekatan lokasi kemalangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,setelah berjaya dikeluarkan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)untuk tindakan seterusnya

Katanya, mangsa telah disahkan  meninggal dunia oleh pihak KKM.

"Setelah keadaan terkawal dan selamat pasukan Bomba berangkat balik ke balai, operasi telah ditamat jam 11.30 pagi,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »