BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Masih terlalu awal umum pengganti ADUN Kalaka

KOTA SAMARAHAN: Isu pengganti Adun Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz masih terlalu awal untuk dibincangkan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, adalah menjadi budaya dalam PBB, pemimpin yang menggundurkan diri apabila tiba masanya menyerahkan tugas kepada generasi lebih muda.

Beliau berharap, parti lain juga harus turut sama mengikut jejak langkah tersebut.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Wahab Aziz. Ia budaya dalam PBB. Pengganti tunggu dahulu, election gik jauh," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran dan lawatan ke projek bekalan air Bahagian Samarahan di Ferry Ramp Lama Seruyuk. 

Abang Johari juga tidak menafikan, Datuk Wahab Aziz juga mengetengahkan calon yang sesuai sebagai pengganti beliau.

Semalam, Datuk Abdul Wahab Aziz mengumumkan untuk mengundur diri daripada bertanding mempertahankan kerusi terbabit pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Abdul Wahab yang merupakan Adun Kalaka selama enam penggal mengumumkan pengunduran itu selepas bermesyuarat bersama Jawatankuasa Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Saratok semalam.

Menurut Abdul Wahab lagi, dalam mesyuarat berkenaan terdapat tiga resolusi dibincangkan termasuk pengganti beliau.

“Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) serentak diadakan bersama PRN12, mesyuarat menyokong sepenuhnya calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Saratok.

“Malah, kerjasama yang penuh akan diberikan kepada calon GPS untuk merebut kembali kerusia parlimen berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, resolusi ketiga ialah memperkemas dan mengaktifkan jentera pilihan raya GPS di Dun Kalaka.

“Bagi tujuan itu, pelbagai aktiviti komuniti, sosial dan sukan telah dirancang sehingga hujung tahun 2020.

“Ia akan melibatkan penyertaan kumpulan belia dan wanita,” ujarnya.

Abdul Wahap, 72, mempertahankan kerusi Kalaka atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi 1,153 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jemat Panjang dalam pertandingan dua penjuru.

Ketika diumumkan sebagai pemenang, beliau memberitahu ia amat manis sebelum membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada arena politik.

Kalaka mempunya mempunyai 8,000 pengundi berbanding Kabong yang merupakan kerusi baharu memiliki 9,000 pengundi.

Sebelum membabitkan diri dalam bidang politik pada 1987, Abdul Wahab pernah menjadi pegawai daerah dan pelbagai jawatan kanan dalam kerajaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »