BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maritim tangkap bot nelayan Vietnam menceroboh

TANJUNG MANIS, 11 Julai – Maritim Negeri Sarawak menerusi Zon Maritim
Tanjung Manis sekali lagi menahan sebuah Bot Nelayan Asing (BNA) di perairan negeri Sarawak ketika bot terbabit dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan. 

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, “menerusi operasi khas dua hari yang lepas, bot itu bersama tiga  awak-awak warga Vietnam ditahan kira-kira jam 6.40 petang pada jarak lebih kurang  56 batu nautika dari utara Tanjung Sirik.” 
Hasil pemeriksaan lanjut menemui lebih kurang 100 kilogram ikan campur,
manakala tekong dan dua orang awak-awak gagal mengemukakan sebarang
dokumen pengenalan diri.

Berdasarkan penemuan hasil tangkapan, dipercayai bahawa bot itu baru memasuki
perairan negara, jelasnya.
Bot berserta hasil dan peralatan menangkap ikan dianggar bernilai RM 1 juta, kesemua yang ditahan berumur lingkungan antara 33 hingga 42 tahun dibawa ke  Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis untuk menjalani ujian saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.  

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai permit untuk melakukan sebarang aktiviti penangkapan ikan di perairan negara dan Akta  Imigresen 1959/63 kerana tekong serta awak-awak tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.  

Beliau menegaskan Maritim Malaysia telah meningkatkan kawalan dan rondaan
penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan nelayan-nelayan asing.

Orang ramai diminta untuk terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah yang berlaku di perairan Sarawak menerusi talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang
beroperasi 24 jam.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »