BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maritim tahan tiga bot nelayan tempatan

KUCHING:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak berjaya menahan tiga bot nelayan tempatan yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan lebih kurang 27 batu nautika dari utara Tanjung Po, di sini, semalam. 

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.12 pagi, aset Maritim Malaysia yang sedang membuat rondaan telah berjaya mengesan tiga bot nelayan tempatan kelas C2 sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dan terus melakukan pemeriksaan ke atas bot-bot tersebut. 

"Ketiga-tiga bot nelayan tersebut ditahan kerana menangkap ikan di bawah jarak yang telah ditetapkan pada lesen iaitu 30 batu nautika.

“Pemeriksaan mendapati ketiga-tiga tekong dan 20 orang awak-awak bot tersebut merupakan warganegara Thailand,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kesemua yang ditahan berumur lingkungan antara 28 hingga 56 tahun dibawa ke Kompleks Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melanggar syarat lesen.

Robert berkata, tangkapan itu menunjukkan Maritim Malaysia tidak berkompromi dengan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang di laut. Maritim Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan operasi penguatkuasaan undang-undang di zon perairan negara.

 "Ini bagi memastikan keselamatan kapal dan bot yang berada di perairan negara terjamin dan mematuhi undang-undang,"katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di perairan supaya menghubungi pusat operasi Maritim Malaysia negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »