BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Malaysia tidak beri kewarganegaraan dengan mudah - KDN

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Malaysia adalah negara berdaulat yang tidak akan memberikan kewarganegaraan dengan mudah, termasuk anak-anak tanpa kad pengenalan, tegas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata kelahiran di Malaysia tidak menyebabkan seseorang memperoleh kewarganegaraan secara automatik.

Jelasnya, kewarganegaraan individu ditentukan oleh status perkahwinan dan taraf kewarganegaraan ibu dan bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku, selaras dengan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 serta perundangan berkaitan.

“Ibu bapa dan penjaga kepada individu yang bertaraf anak-anak tanpa kad pengenalan atau individu yang belum ditentukan kewarganegaraan dan ditaraf, perlu mengemukakan dokumen sah kepada kerajaan sebelum meluluskan permohonan kewarganegaraan memandangkan terdapat kes penipuan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang bertanya mengenai perancangan kerajaan untuk memudah proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk anak-anak tanpa kad pengenalan bagi menangani isu itu secara cepat dan holistik.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »