BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lima termasuk dua pelajar sekolah ditahan berlumba haram


BUTTERWORTH, 5 Julai (Bernama)-- Polis menahan lima lelaki termasuk dua pelajar sekolah kerana berlumba haram serta menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dalam operasi Samseng Jalanan dan Operasi Mabuk bermula Jumaat hingga awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata tiga daripada mereka yang berusia 20 hingga 23 tahun ditahan pada 12.30 tengah malam 4 Julai kerana menunggang motosikal secara berbahaya di BORR. 

"Ketiga-tiga mereka dilihat berlumba sesama sendiri sambil melakukan aksi mengangkat tayar depan motosikal dan menunggang secara laju dari plaza tol menghala ke Pelabuhan Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT) kemudian membuat beberapa pusingan "U" dan berpatah semula ke arah plaza tol," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya ketiga-tiga mereka ditahan sebaik berhenti di Km7.1 lebuh raya itu oleh pasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik SPU. 

Beliau berkata dua remaja berusia 17 tahun itu pula ditahan pada awal pagi semalam selepas didapati berlumba dari NCBT ke plaza tol arah Sungai Dua sebelum ditahan ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat BORR arah Sungai Dua. 

Kesemua yang ditahan akan dikenakan tindakan lanjut menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, dalam Operasi Mabuk yang dijalankan di Jalan Permatang Pauh bermula 11 malam Jumaat hingga 3 pagi (4 Julai), Noorzainy berkata polis mengeluarkan 47 saman atas pelbagai kesalahan.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »