BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki tergolek cuba larikan gelang emas

KUCHING: Cubaan seorang lelaki melarikan barangan kemas gagal setelah berjaya dikejar dan ditangkap pemilik kedai emas di Kota Sentosa, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, suspek berusia 23 tahun itu masuk ke kedai emas terbabit.

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, peniaga kedai emas berusia 30 tahun didatangi seorang pelanggan lelaki yang tidak dikenali. 

"Kemudian suspek berpura-pura bertanya dan cuba memakai seutas rantai tangan emas di tangannya sebelum melarikan diri. 

"Suspek telah melarikan diri menggunakan sebuah motosikal dan dikejar pemilik kedai terbabit lalu terjatuh,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pemilik kedai bersama bapa dengan bantuan rakan berjaya menangkap suspek. 

"Semasa tangkapan dilakukan, suspek bersenjatakan pisau, rakan pemilik kedai emas mengalami kecederaan sedikit luka di betis kiri disebabkan pisau yang digunakan oleh suspek.

"Hasil siasatan suspek ke kedai emas itu bersama seorang rakan, suspek masuk ke dalam kedai dan meminta untuk mencuba rantai tangan emas manakala rakan suspek menunggu di motosikal,"katanya.

Beliau berkata, semasa cuba melarikan diri motosikal telah terjatuh,rakan suspek yang menunggang motosikal berjaya melarikan diri.

"Butiran rampasan yang dilakukan ialah seutas rantai tangan emas dan sebilah
 pisau.

"Suspek mengaku dengan niat hendak mencuri emas,kes masih dalam siasatan,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »