BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki hilang ketika cari rotan ditemui selamat pagi tadi

LAWAS: Lelaki yang hilang ketika mencari rotan di Kampung Long Lutok,Long Sukang,di sini, Sabtu lalu ditemui selamat pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, Samuel Suang, 53, dijumpai jam 9 pagi oleh penduduk kampung.

"Mangsa juga masih dalam keadaan sedar dijumpai berdekatan kawasan Ulu Sungai Long Lutok dengan anggaran jarak 3 kilometer dari kampung berkenaan,"katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa seterusnya dibawa ke rumahnya pada jam 9.30 pagi.

"Mangsa dalam keadaan stabil seterusnya berehat di rumah kediamannya,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »