BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki cedera, pikap terbakar

BINTULU:Seorang lelaki cedera ringan selepas pikap dipandu terbakar di Batu 27,Jalan Pan Borneo,Bintulu-Bakun,di sini,awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa,Bob Robenuse,34,telah dikejarkan ke hospital oleh keluarganya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Bintulu ke lokasi kejadian.

"Kebakaran telah memusnahkan 100 peratus pikap terbabit.

"Setibanya di lokasi kejadian kebakaran telah padam sepenuhnya,"katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak Bomba hanya membuat pembersihan dengan menggunakan satu aliran melalui salur bantu mula daripada jentera di tapak lokasi kemalangan. 

Operasi pemadaman telah tamat jam 5 pagi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »