BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lawas gangguan bekalan air 5 - 11 Julai

KUCHING, 3 Julai: Seluruh daerah Lawas kecuali kawasan Merapok akan mengalami gangguan bekalan air selama seminggu dari 5 Julai sehingga 11 Julai depan.

Menurut notis Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak gangguan bekalan berbentuk tekanan air rendah terbabit akibat Loji Rawatan Air Wilayah Trusan akan membekalkan separuh pengeluaran air dari kapasiti loji sebenar.

"Gangguan ini disebabkan kerja-kerja pembersihan Sedimentation Tank No. 2 yang akan dilaksanakan pihak kontraktor di Loji Rawatan Air Wilayah Trusan,"menurut notis terbabit di laman Facebook JBALB Sarawak.

Sehubungan itu jabatan itu meminta warga Lawas menyimpan bekalan air mencukupi sepanjang kerja pembersihan Sedimentation Tank No. 2 terbabit.

Pihak JBALB Sarawak juga akan menghantar water tanker di kawasan yang terjejas dan yang memerlukan penghantaran itu atau maklumat lanjut bolehlah menghubungi 085-283612 pada waktu pejabat dan 016-745 5043 (whatsApp sahaja).


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »