BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lagi ahli Warisan di Parlimen Libaran umum keluar parti


SANDAKAN, 5 Julai (Bernama) -- Seramai 1,357 lagi ahli  Warisan di Parlimen Libaran hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta, menjadi kumpulan ketiga berbuat demikian sejak 26 Jun lepas. 

Satar Wahab, yang sebelum ini Ketua Warisan Cawangan Batu 15, yang mengetuai kumpulan itu, berkata ahli yang keluar itu melibatkan lapan cawangan daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum-Gum, bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu.

"Tiada seorang pemimpin parti pernah menjenguk dan mengambil peduli masalah kami di peringkat cawangan sejak menang pilihan raya umum (ke-14) yang lalu.

"Kami juga ingin menyatakan sokongan kami terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar mengenai pengumuman itu di sini, hari ini.

Pada 26 Jun lepas, lebih 1,000 ahli daripada 11 cawangan di Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti atas sebab yang sama iaitu hilang kepercayaan pada kepimpinan parti.

Empat hari kemudian (30 Jun), seramai 1,320 ahli parti itu daripada 12 cawangan di kawasan Parlimen sama juga mengumumkan keluar parti.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »