BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lacur anak kandung, bapa durjana dicari polis


KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kes merogol serta melacurkan anak perempuannya berumur 13 tahun di kediaman mereka di Kajang sejak tiga tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata ibu saudara mangsa melaporkan perbuatan keji suspek itu kepada pihak polis semalam selepas mengetahui perkara tersebut awal bulan ini.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai mula dirogol oleh ayah kandungnya sewaktu berumur 10 tahun dan kegiatan itu diketahui ibu mangsa, namun tidak melakukan sebarang tindakan selepas suspek berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Zaid, suspek mula melacurkan anaknya itu sejak pertengahan 2019 hingga Februari tahun ini dan dikatakan telah memaksa mangsa melayan lebih 20 pelanggan yang dibawa pulang ke rumah mereka.

“Suspek dipercayai telah membawa pelanggan pulang ke rumah dan memaksa mangsa melayani kehendak seks pelanggan tersebut, namun tiada sebarang bayaran diperolehi daripada layanan seks diberikan,” katanya.

Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, diminta menghubungi mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Insp. Norhafizah Borhannudin di talian 018-3903410 atau 03-89114222 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »