BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kurang 4 jam selesai kes curi motosikal


KUCHING:Pihak polis berjaya menyelesaikan kes kecurian motosikal di kawasan Santubong dalam tempoh masa kurang 4 jam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata,
seorang remaja diberkas ketika leka meleraikan komponen motosikal disyaki dicuri di rumah kosong di kawasan Bandar Baru Semariang,di sini,pagi semalam.

Menurutnya,bertindak atas makluman melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan tindakan pantas anggota  Cawangan Kereta Peronda (MPV) IPD Kuching telah mengepung suspek jam 8.40 pagi.

"Kita berjaya memberkas seorang remaja tempatan berumur 15 tahun yang sedang leka meleraikan komponen motosikal disyaki curi ketika serbuan dibuat. 

"Dalam serbuan ini pihak polis telah berjaya merampas semula motosikal curi yang dilaporkan hilang di kawasan Santubong,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,dalam  kejadian itu seorang lelaki menyedari kehilangan motosikal Honda yang diletakkan dihadapan rumahnya pada jam 6 pagi.

 "Susulan tangkapan pertama hasil soal siasat segera dan dengan tindakan pantas team Bahagian Siasatan Jenayah (CID)  IPD Kuching  telah berjaya menangkap seorang lagi suspek  berumur 24 tahun yang dipercayai adalah perancang dalam kes curi motosikal itu. 

"Dengan tangkapan kedua-dua suspek  ini pihak kita telah berjaya menyelesaikan kes dalam tempoh masa kurang empat jam daripada motosikal disedari hilang,"katanya.

Beliau berkata, suspek berumur 24 tahun mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah 

"Permohonan reman telah diluluskan oleh Mahkamah Majistret Kuching ke atas kedua-dua suspek selama empat hari mulai esok hingga 9 Julai ini.

"Siasatan lanjut juga diteruskan bagi mengenalpasti penglibatan suspek di dalam kes curi kenderaan yang lain di sekitar bandaraya Kuching,"katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »