BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

KPDNHEP Sri Aman tahan lori bawa diesel seludup

LUBUK ANTU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sri Aman telah menahan sebuah lori di Pekan Lubuk Antu, Sri Aman, Isnin lalu.

Ketua Cawangan KPDNHEP Sri Aman, Pelani Kemiti berkata,dalam pemeriksaan jam 1 tengah hari itu pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas lori tersebut.

"Lori itu membawa muatan sebanyak 20 unit tong drum berkapasiti 200 liter minyak diesel dengan keseluruhan jumlah nilai rampasan sebanyak RM 47,480.

"Siasatan awal telah dijalankan dan mendapati suspek tidak memiliki lesen atau kebenaran khas untuk mengendalikan barang kawalan iaitu minyak diesel," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. 

"Siasatan akan dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,"ujarnya.

Beliau berkata, KPDNHEP Sarawak sentiasa memantau dan menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa bagi memastikan barang-barang kawalan tidak berlaku penyelewengan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »