BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

KPDNHEP kompaun 4 peniaga di Samarahan

KUCHING:Tiga peniaga di daerah Samarahan masing-masing dikompaun RM100 kerana menggunakan alat timbang yang tamat tempoh sah dan seorang peniaga lagi diambil tindakan kes kerana menggunakan alat atau unit selain daripada yang dibenarkan hasil aduan orang awam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) dalam satu kenyataan hari ini, berkata,dalam pemeriksaan oleh penguatkuasa KPDNHEP Sarawak semalam, tiga orang peniaga pasar basah serta peniaga barang-barang hardware masih menggunakan alat timbang yang telah tamat tempoh sah dan menggunakan alat atau unit selain daripada yang dibenarkan. 
"Sepanjang tahun ini, KPDNHEP seluruh Sarawak telah mengambil 218 kes di bawah ATS 1972 dengan nilai kompaun sebanyak RM33,300 manakala nilai rampasan adalah sebanyak RM53,036.00. 

"Penggunaan penimbang yang tamat tempoh menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972,"katanya.
Katanya,manakala kesalahan menggunakan alat atau unit selain daripada yang dibenarkan boleh didakwa di bawah Seksyen 12 ATS 1972.

KPDNHEP Sarawak juga menyeru kepada semua peniaga supaya memastikan alat timbang dan alat sukatan ditentusahkan serta menggunakan alat timbangan dan sukatan yang dibenarkan untuk tujuan perniagaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »