BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kompleks Sukan Mini Selangau siap 2022

KUCHING, 9 Julai: Kompleks Sukan Mini Selangau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin yang padang bola dan trek lariannya mengikut piawaian antarabangsa akan mula dibina dua minggu lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir Christopher Gira Sambang mendedahkan dengan projek rakyat DUN Tamin bernilai RM7.9 juta terbabit dijangka siap dibina dalam tempoh 24 bulan.

"Kos projek bernilai RM 7.9 juta. Kerja pembinaan akan bermula dalam tempoh dua minggu dari sekarang. Tempoh pembinaan selama 24 bulan,"katanya di laman Facebooknya.

Christopher juga telah melawat tapak cadangan membina kompleks sukan itu semalam bersama wakil Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Jabatan Kerja Raya (JKR), Residen, Jabatan Tanah dan Survei, Pejabat Daerah, konsultan dan kontraktor projek.

Trek padang kompleks mini sukan itu akan mengikut kehendak dan persijilan dari Persekutuan Persatuan Atletik Antarabangsa (IAAF).

Manakala padang bola kompleks itu akan mengikut piawai Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan boleh memuatkan seramai 300 penonton.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »