BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kompleks Mini Sukan Beluru

KUCHING: Projek pembinaan Kompleks Mini Sukan Beluru yang diluluskan dengan peruntukan RM15 juta kini dalam proses akhir reka bentuk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datu Dr Penguang Manggil berkata, projek itu diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tahun lepas.
“Pada mulanya, tapak cadangan ialah di padang bolasepak berdekatan pekan Beluru, namun ia didapati kurang sesuai.”

“Justeru sekarang ditukar ke lokasi baru bersebelahan SMK Bakong. Projek ini dijangka akan ditender pada Oktober tahun ini,” katanya semasa sesi taklimat Projek Rakyat bersama Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Hj Karim Hamzah di Baitul Makmur, dekat sini baru-baru ini.
Penguang menambah, apabila siap nanti, ia akan menjadi fasiliti sukan dan rekreasi pertama seperti ini di Daerah Beluru.

Kredit gambar

https://www.facebook.com/1686559704951609/posts/2664316303842606/?d=n

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »