BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kompleks Kebajikan Dalat lebih 77 peratus siap


KUCHING, 15 Julai: Projek pembinaan Kompleks Kebajikan Dalat di Mukah sudah lebih 77 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada September depan.

Kontrak pembinaan projek bernilai lebih RM12.5 juta terbabit telah ditandatangani pada 7 Ogos 2018 dan projek dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Kompleks ini akan menempatkan Pejabat Kebajikan Dalat, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Taska dan kemudahan untuk terapi seperti Occupational Therapy, physiotherapy, speech therapy, music therapy, Pusat Sumber, Bilik Pameran dan lain-lain. 

"Fizikal Projek Kompleks Kebajikan Dalat setakat 14.07.2020 adalah sebanyak 77.88 peratus. Projek ini dijangka siap pada September 2020," menurut Corporate Communication JKR Sarawak  di laman Facebooknya hari ini.

Skop projek tersebut terdiri dari pembinaan satu blok bangunan utama, plant room, kerja-kerja mekanikal dan elektrikal, kerja luaran dan  kerja lain berkaitan.

Menurut Corporate Communication JKR Sarawak juga  Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, Dato Sri Fatimah Abdullah telah melawat ke tapak projek terbabit semalam.

Turut hadir semasa lawatan tapak tersebut, ialah Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis dan Setiausaha Tetap, Jabatan Kebajikan Masyarakat Dr. Sabariah Abdul Samat.
tamat

keterangan gambar:

1.Projek pembinaan Kompleks Kebajikan Dalat di Mukah.

2.Dato Sri Fatimah Abdullah (tiga dari kiri) telah melawat ke tapak Projek pembinaan Kompleks Kebajikan Dalat semalam.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »