BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kolej Komuniti sudah sedia

KUCHING, 17 Julai: Kolej Komuniti Kuching sudah bersedia menerima semula kehadiran peserta kursus pendek dan pelajar semester baharu di kampusnya dengan mengamalkan garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19. 

Pengarahnya, Suharyati Sulaiman berkata demikian dengan kolej terbabit akan melaksanakan sebanyak lapan kursus pendek dengan penyertaan dihadkan seramai 72 orang peserta pada hari esok.

"Semester baharu dan aktiviti akademik akan bermula pada 3 Ogos 2020 dengan kehadiran pelajar di kampus seramai 250 orang pelajar,"katanya di Majis Pelancaran Buku Prosedur Operasi Standard Pencegahan Covid-19: Garis Panduan Kolej Komuniti Kuching yang dirasmikan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Mohd Shahabuddin Omar, di kampus kolej terbabit di Jalan Sultan Tengah, di sini, hari ini.


Suharyati pihaknya juga sudah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pencegahan Covid-19 di kolej itu sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dengan ahlinya terdiri dari kakitangan pengurusan, ketua unit dan ketua program. 

Katanya jawatankuasa terbabit untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan aspek kesihatan di persekitaran kolej supaya dapat mengurangkan keresahan kakitangan kolej terbabit untuk kembali bertugas dan pelajar kolej yang akan kembali pada semester akan datang serta masyarakat setempat yang akan menghadiri kursus pendek di kolej itu.

" Besar harapan saya agar semua warga Kolej Komuniti Kuching sama ada kakitangan, pelajar atau peserta kursus akan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan,"katanya.

Katanya untuk memudahkan capaian mendapatkan garis panduan SOP Pencegahan Covid-19 Kolej Komuniti Kuching, pihaknya telah menerbitkannya dalam bentuk buku dan didigitalkan atau e-buku.



keterangan gambar:

1.Suharyati Sulaiman ( kiri) menyaksikan Mohd Shahabuddin Omar menandatangani buku SOP Pencegahan Covid-19 Kolej Komuniti Kuching bagi merasmikan pelancarannya, di kampus kolej terbabit di Jalan Sultan Tengah, di sini, hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »