BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kilang perabot terbakar


SIBURAN:Kilang perabot di Batu 7, Zon Perindustrian,Pekan Siburan, Jalan Kuching- Serian terbakar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 2.32 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran kilang membuat perabot melibatkan kebakaran kabel mesin vacum dan sisa-sisa kayu, papan lapis dan habuk kayu,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba  membuat pemadaman secara konsep RECEO menggunakan satu aliran bantu mula, air diperolehi dari tangki jentera. 

"Api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya dalam masa 10 minit,"ujarnya.

Katanya,peratusan kebakaran dianggarkan sebanyak 20 peratus dari keseluruhan kilang dua tingkat itu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »