BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Khidmat khas Bomba bawa mangsa kemalangan ke hospital

MIRI:Pihak Bomba dan Penyelamat Miri melakukan khidmat khas membawa mangsa kemalangan ke Unit Kecemasan Hospital Miri malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 11.34 malam.

"Kemalangan berlaku di Jalan Kuching Lintang 5,Taman Tunku, membabitkan
sebuah motosikal dengan kereta. 

"Setelah size up dilakukan,didapati mangsa mengalami luka di bahagian siku,kaki dan bengkak di bahagian kepala,"katanya di sini hari ini.

Katanya,anggota EMRS terus memasang Cervical Collar dan membuat rawatan luka.

"Seterusnya membawa mangsa ke hospital bersama ibu mangsa dan diserahkan kepada unit kecemasan untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »