BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kes curi bertambah akibat dadah, PKR

Curi hasil pertanian, masalah dadah
di Sadong Jaya meningkat

KUCHING: Masalah penularan penggunaan dadah di kalangan anak muda di Sadong semakin meningkat.

Ketua Cabang Batang Sadong Parti Keadilan Rakyat Piee Ling berkata, mereka bermula dengan sekadar mencuba, tetapi khirnya terjebak dengan ketagihan.

Menurutnya, faktor ini disebabkan kekurangan peluang pekerjaan serta pelajar yang tercicir persekolahan menyebabkan mereka lebih selesa melepak dan membuat pelbagai aktiviti untuk memenuhi masa lapang.

"Akibat pergaulan ini, perasaan ingin mencuba sesuatu yang baharu memuncak. 

"Saya sering mendapat aduan yang menyatakan masalah penularan penggunaan dadah di kalangan anak muda di Sadong Jaya semakin meningkat," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dakwanya, kegiatan mencuri hasil pertanian, pecah rumah dan kes kecurian yang lain turut meningkat. 

"Akibat ketiadaan wang untuk membeli bekalan dadah sebagai memenuhi ketagihan, akhirnya mereka mencari jalan mudah.

"Rantaian ketagihan dan kes kecurian, akan merosakkan keharmonian penduduk.

"Jika masalah ini tidak ditangani segera, wabak penyakit sosial semakin menular dan merosakkan masyarakat keseluruhannya," katanya.

Beliau menambah, pihak berwajib dan kerajaan perlu melihat situasi ini dengan serius.

Katanya, kerajaan bukan setakat menumpukan perhatian kepada pembangunan infrastruktur, tetapi seimbangkan dengan pembangunan insan.

"Banyak program pembangunan insan yang boleh dibuat dengan adanya peruntukan sedia ada yang banyak disalurkan kerajaan negeri melalui wakil rakyat," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »