BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerja menaiktaraf penghawa dingin Muzium Petroleum Miri siap Ogos 2020

MIRI: Kerja-kerja menaik taraf kemudahan berhawa dingin Muzium Petroleum Miri, dekat sini dijangka siap pada Ogos ini, kata Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.

Beliau berkata, projek itu bermula pada Januari tahun ini dengan kos sebanyak RM1.1 juta.
“Projek ini dijangka siap pada Mei lalu namun tertangguh berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sehingga kini sebanyak 70 peratus projek sudah siap,” katanya semasa lawatan kerja ke Muzium Petroleum Miri semalam.

Selain menaik taraf kemudahan penghawa dingin, beberapa projek lain turut dilaksanakan di muzium tersebut melibatkan kos keseluruhan RM2.8 juta.
Tarikh pembukaan semula Muzium Petroleum Miri akan ditentukan kelak selepas mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan.

Muzium Petroleum Miri telah ditutup sementara sejak Febuari lalu untuk membolehkan kerja-kerja menaik taraf itu dilaksanakan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »