BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kereta remuk, dua tersepit di Jalan Stephen Yong


KUCHING: Dua mangsa tersepit dan mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah keretaToyota Vios di Jalan Stephen Yong pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 7.25 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian


"Kemalangan tersebut mengakibatkan dua mangsa, pemandu dan penumpang kereta Toyota Vios tersepit dan mengalami kecederaan.

"Kedua -dua mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan Bomba menggunakan perlatan rescue tool,dan telah diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)yang berada di lokasi,"katanya di sini hari ini.
Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera telah di hantar oleh unit EMRS dan ambulans KKM ke hospital untuk tindakan seterusnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.02 pagi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »