BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kereta langgar pembahagi jalan, dua maut


KUANTAN, 11 Julai (Bernama)-- Dua lelaki terbunuh selepas kenderaan SUV yang dinaiki mereka terbalik selepas melanggar pembahagi jalan dalam satu kemalangan di KM196.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala barat di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata pemandu, Ahmad Roshidi Halim, 51, dan penumpang Rajhan Ibrahim, 64, yang duduk di tempat duduk belakang meninggal dunia dalam kejadian pada pukul 5.05 petang itu, manakala seorang lagi penumpang Mohd Wari Mat Zaki, 51, hanya mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua Ahmad Roshidi dan Rajhan berasal dari Alor Setar, Kedah, manakala Mohd Wari dari Kangar Perlis, dan ketiga-tiga mereka dipercayai rakan niaga.


"Kemalangan dipercayai berlaku selepas kenderaan itu hilang kawalan, menyebabkan ia melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri sebelum ia terbalik di antara dua laluan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »